Cerita pertama : Masa tengah bawak moto pergi keja tadi sempat jugak aku tengok 1 kemalangan yg teruk.Berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan.Perghhhh !!!! Kereta kancil rempuh punggung kereta vios.Abis rosak teruk + kemek2.Glurp..glurp...glurp tahan takut bila bawak moto.Bawak moto pon 70km/j jeee.takde lhaaa laju sangat.hehehe..
Cerita kedua : Bila sampai ofis jeee tengok2 bos xdak.Baru jeee ingat nak minta kebenaran hari ini dan sebulan nak kena masok bahagian mekanikal plak.So,tgu sampai setengah jam lebih.Tunggu punya tunggu bos masuk aku,ina,sue,mokwe terus masuk dlm bilik dia utk minta kebenaran.Nasib baik bos sporting gilerrrr..Hehehe..Pastu bos ckp klw geng2 awk nk masok mekanikal,tolong mintak kebenaran bos mekanikal dulu.Kot2 ada ape2 yg ank d beritahu nanti.So,dengan tebalkan muka ketuk2 terus masuk just tnya "cik,boleh tak kami nak masuk bahagian mekanikal?dia terus ckp,boleh jeee.xkisah pon lgpon geng2 awak dah kenal tempat mekanikal & geng2 awk dari UKP juga.So,good2 jelah.Apalagi,terus membawa diri ke bahagian mekanikal walaupun berat hati ini utk meninggalkan bahagian awam & elektrik.
Cerita ketiga : Bila juruteknik mengajak kami berempat utk melihat keadaan lift secara real n tahu bagaimana lift itu berfungsi.1st skali kami naik "lift motor room" yg terletak d tingkat 10 bangunan Husm.Bila diterangkan serba sedikit tentang lift,kami d pelawa masuk bahagian atas lift.hahahhaa..memang klakar lhaaa kan sebab2 mula2 naik atas lift tu ialah Suhaila.Dari tingkat 8 bangunan sampai tingkat 0 bangunan.Erm,pastu di ikuti dengan Amalina naik atas lift.Bila cek keadaan lift d bahagian luar labour room,aku dgn mokwe yg naik plak.Hehehehe..Memang keadaan kami berempat penat bila fikir2 kan balik memang best sangat2.Dapat belajar ape yg blm tahu lagi.
Cerita keempat : Tengah syok2 tengok Juruteknik,Kontraktor,Jkkp tgh cek lift,tetibe jeeee dgr nurse doktor menjerit supaya tolong beri laluan.KECEMASAN !!!!! Tengok2,diorg tgh tolok pesakit naik kat dewan bedah.Perghh !!!!! seram sgt2 bila aku tertengok keadaan mangsa yg melecur akibat kebakaran.Bila terdengar nurse yg lain cakap,baru aku tahu yg melecur tu seorang anggota bomba yg terlibat dlm kejadian letupan tangki di sebuah kilang tayar yg terbakar pagi tadi.Kesian + nak nagis melihat mangsa tadi.